Selamat Tinggal Adik-Adik.

Bismillahirahmannirrahim...

Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk menaip dan mengisi ruang2 blog yang telah setahun lebih aku tinggalkan.. berhabuk.. bersawang.. berlengas.. ber macam2 lagi lah yang ada dekat sini... kenapalah agaknya aku rajin sangat nak mengupdate blog ni setelah setahun kan..

almaklumlah.. buzy sangat belajar.. kononlah..
Alhamdulillah.. semasa aku menaip, aku ada beberapa hari lagi untuk menamatkan semesta 6 aku di Politeknik Sultan Idris Shah.. sekejap je kan rasa masa berlalu.. terasa baru semalam aku update blog yang cakap aku akan masuk belajar. tup2, dah nak habis.. banyak sangat kenangan sepanjang aku belajar dekat situ..

nak cerita pasa pengalaman.. sangat banyak.. tapi bagi aku.. sem 6 nilah antara yang terbaik aku lalui.. macam2 aku belajar.. sama ada dalam kelas mahupun diluar kelas.. aku belajar erti nak urus diri. urus kawan2, urus organisasi dan yang paling penting nak uruskan pelajar PSIS..

ramai orang baru aku kenal sem ni.. dan orang baru ni aku terpaksa aku ucapkan selamat tinggal.. pengenalan yang sangat2 singkat.. tak sampai 6 bulan. tapi, atas nama perpisahan yang dirancang dan diaturkan, aku terpaksa terima semua ini dengan peritnya..

berbalik kepada tajuk post.. sem ni aku dapat beberapa orang adik baru di PSIS.. bukanlah adik angkat tu semua.. tak.. ni macam apa la aku nak cakap.. mereka ni lah peneman aku diluar kelas.. ye ke ? entahlah.. susah aku nak explainkan dekat korang semua.. just enjoy the show la ye..



okay 1st.. Syarifah Nor Shahirah Syed Nasarudin.. seorang pelajar sains kesetiausahaan.. junior akulah senang cerita.. memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden 2 PRS sesi Disember 2013 dan akan menjawat jawatan aku sem ni iaitu Ketua Oretor pada sem depan.. siapa dalam PRS tahulah jawatan2 ni kan.. okay.. sha ni aku rapat dengan dia sem ni la even aku kenal dia since sem lepas.. alaa.. sem lepas aku BAT je.. so tak ambil kisah sangat.. kalau orang tengok dia, nampak je ayu macam tu (konon) tapi sebenarnya orang dia agak kasar.. almaklumlah masuk wataniahkan.. bersuara lantang.. ciri2 kepimpinan yang tinggi.. tegas.. tetap pendirian.. no wonderlah jadi TP2 dan KO sem depan.. dalam semua tak tahu, dalam kasar dan tegasnya dia ni, serius, dia ni manja sebenarnya.. aku nak terangkan manja dia macam mana pun aku tak tahu.. korang kena kenal dengan dia sendiri.. kenal je tak tahu.. kena rapat dengan dia.. banyak sangat rahsia yang dia ni simpan.. tapi, dia serius pandai gila korek rahsia orang. aku pun dah terkena dengan dia. aku harap rahsia aku pun dia simpan elok2. bebudak PRS panggil dia ni bonda.. sebab apa ? kami kan family.. haha..
okay sha.. good luck untuk sem depan ea.. jaga PRS elok.. jadi KO yang berjaya. lagi berjaya dari KO yang dah pencen ni.. yang penting, jangan biarkan hati tu terseksa taw.. kelak makan diri.. selamat menjadi Setiausaha yang berjaya suatu hari kelak..



okay.. 2nd.. Nor Atikah Kamarudin.. gadis multimedia PRS yang sangat kreatif.. yang banyak berusaha dalam PRS.. sangat rajin bertanya.. sangat rajin bekerja.. (?) aktif.. suara macam petir.. kerja nak bertanya je.. kalau dia ada, memang takkan ada jawapan, soalan je yang keluar dari mulut dia ni.. kekadang naik semak otak memikirkan jawapan untuk soalan dia ni.. dia ni... kurang tinggi.. kurang jugak inci dia.. selalu gila kena kacau dengan aku.. padan muka kau ! oh ye! mengambil jurusan Diploma in Networking System.. yeke ? DNS kan.. betul laa.. entah.. peduli laa.. 1st impression aku dekat dia, aku dah tahu, dia ni memang jenis tak reti nak duduk diam.. tengok2 betul. tapi dalam dia macam tu, hahaha.. menangis jugak depan aku masa malam pembubaran prs.. okay... aku pun nangis jugak.. tapi, ayat dia masa dia cakap dekat aku, aku ingat sampailah sekarang
"abang nak tahu tak, dulu ika kuat homesick sebab ika rindu abang ika.. ika dekat rumah rapat dengan abang. tapi bila ika kenal abg bad, homesick tu kurang. ika cakap dekat abang ika, ika dah jumpa pengganti dia dekat sini.. abang stay la 1 sem lagi untuk ika. kejap sangat ika kenal abg bad"
kata2 tu la membuatkan aku lagi sayang nak tinggalkan PRS.. membuatkan air mata aku jatuh buat kali kedua malam tu..
ika or wahida.. haha.. abang nak cakap, pertemuan dan perpisahan tu tak boleh lari dari hidup kita.. kita akan tetap laluinya sepanjang hidup kita. yang beza cuma macam mana kita hadapi perpisahan itu. abg tahu perpisahan ini berat bagi ika kan. tapi ika bernasib baik, kita tinggal dekat2.. ada kelapangan, kita boleh lepak alamanda sama2 kan.. kuatkan semangat untuk lalui 5 sem lagi dekat PSIS tu.. abg tahu ika boleh..



3rd.. Siti Nor Aida Kamaruddin.. gadis ahli PRS yang sangat aktif.. semua aktivti dan program PRS ada je muka dia.. tapi bukan sebagai peserta.. sebagai urusetia.. kemainkan.. almaklumlah, kabel besar dalam MT tu.. mana taknya, apa yang ktorg rancang, semua depan dia. so, tak guna nak sorok dari dia.. so, seraplah dia jadi urusetia.. kadang2 kesian jugak dekat dia.. selalu jadi mangsa keadaan.. selalu kena tarik oleh aku n ika.. dia ni bestfriend si wahida.. 1 kelas.. tapi bukan 1 bilik.. pelik pulak aku.. bagi aku, dia ni tak banyak sangat bercakap.. tapi bila dalam kelas, kemain.. dia terbalik dengan si ika tu.. tapi dalam tak banyak cakap dia, dalam wechat kemain pung pang pung pang.. dia ni jenis suka bercerita sikit.. kadang2 jadi orang tengah antara aku dengan ika.. apa yang aku cerita dekat dia pasal ika, dia akan cerita dekat ika, apa yang ika cerita pasal aku, dia cerita dekat aku. nampak tak permainan dia.. hahah.. pada awalnya, aku ada hati sikit dekat dia.. tapi, aku buang ke lautan hindi sampai tak dapat dikesan radar perasaan tu.. sebab apa ? sebab aku dan sem 6, dia sem 1.. memang takkan berhasil untuk tunggu lama2.. lagi 1, sebab dia ni rapat dengan ika. aku takut ika salah anggap kenapa aku rapat dengan dorg..alhamdulillah.. aku berjaya buang perasaan tu sampai sekarang.. so, next sem In Sha Allah kita tak jumpa dah.. Aida.. jaga ika elok2 tahu.. senyum selalu.. kekalkan comel dan pipi yang tembam gila tu.. hikhik!



okay next.. Mohd Airiey Ikhwan Mat Jais.. bro.. bukak sikit mata tu... tak payah nak layan steam sangatlah.. haha.. exco eh! biro kerohanian dan moral.. tengok pun tahu kan.. 1st impression.. islamik.. baik.. warak.. tapi dah kenal, ada lah jugak benda tu, tapi............... taknak cerita lah.. hahaha.. anak murid kelas vokal aku.. suka sangat nyanyi lagu meraung, sejarah mungkin berulang dan yang paling best, aku suka duet dengan dia lagu Lagu Cinta lagu Jiwa dan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu.. kesian dia ni.. katanya dulu, dia takda gila2 sampai nak pergi karaoke.. sejak dia kenal aku ni, dia tahu nak karaoke tu semua.. nampak tak aku ni PRS.. Perosak Rakan Siswa.. kan.. haha.. takdalah.. apa yang ada dekat PSIS tu.. hujung dunia.. takda apa sangat yang boleh dienjoykan.. so, karaoke jela tempat aku dengan dia nak release apa2 kan.. seorang bisnesman.. Alhamdulillah.. berjaya aku rasa dia ni.. masyuk2.. aku rasa aku masih berhutang dengan dia.. aku pernah 3 hari tak makan nasi.. dia ni la yang belikan aku makanan.. even aku menolak, dia tetap jugak bagi. nak tak nak, rezeki kan. terimalah.. terima kasih airiey.. mengambil jurusan kejuruteraan awam.. aku yakin dia ni mampu berjaya.. Ameen..



seterusnya.. Afiqah Aiman Baharudin aka Princess Eyman.. suka hati aku je kan nak bagi nama macam tu.. peduli apa aku.. sebab apa pulak ? sebab suka sangat cerita frozen kan.. tak sudah2 let it go dia tak sudah2 do you want to build a snowman dia.. seorang SU Agong sem ni. sentiasa kena suruh dengan aku untuk siapkan minit mesyuarat.. padan muka ! haha.. macam si sha jugak. aku kenal dia ni start dia interview nak jadi MT sem lepas lagi.. sebab apa, ayat pertama aku sapa dia, " ada kakak tak dekat sini? " betul tak aiman ? mesti dah lupa kan.. fine kalau lupa ! mengambil jurusan hotel dan katering.. sangat patuh kepada arahan along dia ni.. mana tak nya, asyik kena suruh buat minit je kan.. dah kata SUA kan.. kenalah patuh.. kalau tak nanti, aku jugak yang susah nak update fail MT2 ni.. okay..seorang yang periang.. aktif.. banyak bercakap dia ni.. ada dia depan mata aku, memang bising jela cerita dia.. takkan nak senyap.. selalu jadi peneman aku time makan,, kenapa pulak ? sebab selalu time lunch, dia je muka yang ada.. so aku ajaklah dia makan sekali.. aku suka trademark dia.. "aiman" sambil buat peace entah apa2 rupa tu.. oh ! oh ! lagi satu, treadmark terbaru dia, kalau jalan kaki, jalan laju2, sampai depan orang, angkat kaki dia yang pendek tu tinggi2.. lurus pulak kaki dia tu.. yang tu comel.. tapi masalahnya dia ni.. kuat nyela perasan dia.. tak sudah2 mengaku diri dia comel.. aku pun nak tak nak, ye kan aja.. walaupun dalam hati ni.. Tuhan aja yang tahu.. haha..
okay.. Princess Eyman.. goodluck dalam PRS k.. tolong syira tu sem depan even aiman bukan SUA lagi.. goodluck untuk mencari tempat LI sem depan.. goodluck untuk LI lagi 2 sem.. abg nak pesan, aiman be yourself.. pedulikan apa yang orang cakapkan dekat aiman.. aiman adalah aiman.. teruskan hidup tanpa peduli apa orang cakap.. keep comeling yourself.. jaga diri..


okay last but not least.. eh! yeke ? ah ! pedulilaa.. budak ni ? Fatin Nur Syaeera Nabila Syarafuddin  aka Princess Eera.. sama macam dekat atas.. sebab yang sama kenapa aku bagi nama tu... nama kemain panjang.. nama ayah pendek je.. adik yang paling aku sayang dalam ramai2.. sayang2 pun, si airiey punya.. jangan korang berani nak kacau hubungan dorang.. aku seligi memasingkan kang.. baru tahu.. tengok pun tahu kan.. seorang yang periang, peramah, aktif, banyak idea, ceria, manja, gedik dan sebagainya... nak tahu perangai dia kalau dalam movie, tengoklah cerita frozen.. perangai dia sebijik macam princess anna.. sumpah tak tipu.. cuma princess tu lagi cantiklah dari dia.. hahaha. kalau nak tahu, dalam fon aku penuh dengan muka dia.. menyalahgunakan fon aku sebagai tempat dia nak berselfie.. tempat dia merakam video2 parody.. rasa nak tepuk je dahi dia.. nasib baik laa.. mengambil jurusan macam si airiey.. kejuruteraan awam.. kemana2 berkepit je dua ekor ni.. senang je nak cari dia ni, dalam SC... macam along dia ni jugak.. suka duduk dalam tu.. selalu jadi peneman aku sampai ke lewat malam. whatsapp.. wechat.. kadang2 serius aku rasa serba salah dengan airiey.. yelaa.. aku pernah rasa sakit dia macam mana.. even abang adik pun.. sakit jugak hati tu kadang2.. mintak maaf sangat2 ye airiey.. abg mengaku dah hari tu.. tapi, kalau mesej fatin ni pun, bukan cintan cintun pun.. takda motif kandungannya.. kekadang merepek meraban.. tapi, kadang2 kalau aku ada masalah, memang adik aku ni soranglah aku akan cari.. maaf sekali lagi airiey.. apa yang penting si fatin ni, aku suka dengar dia bercerita.. serius aku bayangkan princess anna tu yang bercerita.. beriya betul.. aku pun. ye kan aja..
fatin aka princess eera.. terima kasih sebab selalu ada dengan along.. sorry sebab selalu kacau fatin sampai ke lewat malam.. apa along nak cakap, masalah yang datang tu, biasa.. along pun pernah lalui apa yang adik lalui.. malah lagi teruk.. kekal diri fatin tu.. tabahlah hadapi apa jua rintangan yang datang kepada diri adik.. jangan risau, along kenal adik along.. adik buat yang terbaik untuk hidup adik.. apa2 hal, along ada.. cari je k.. along suka dengan nyanyi dalam hujan.. unik dan gedik.. last dari along, jaga button tu.. hanya ada 1 je dalam dunia ni.. jangan hilangkan.. jangan rosakkan.. kenangan along dekat PSIS tu.. last yang terakhir, macam yang along selalu cakap dan pesan dekat adik.. JAGA DIRI JAGA HATI..

so itu jela untuk malam ni.. penat 2 jam menaip.. otak dah takda idea.. lastly aku nak share sikit kenangan terakhir aku bersama yang di atas dan yang lain2 juga.. selamat malam dan jumpa lagi.. assalamualaikum...























4 comments:

Unknown said...

halloh2 hhehe so sweet , semoga berjaya di alam pekerjaaan ya :)

nur syaeera said...

Yg nie Princess Eera sampai...huhu terharu...adik syg along gak...ingt yg baik2 je abg adik..yg buruk2 bukan haha XD

Badrul said...

Sweet kan.. Kau pun sama.. (:

Badrul said...

Ouch ! Terharunya sebab ada orang sayang.. Ye.. Adik pun ingat.. Yang buruk2 bukan adik along.. Yang cantik2 je adik along.. Haha..