Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang untuk mengupdate blog untuk hari ini. Ya Allah. berhabuk betullah lah blog.
Jadi, untuk hari ini, aku rajin pulak mengupdate blog sebab aku duduk rumah. sebab ? tak boleh nak keluar.
berbalik kepada tajuklah. masuk minggu ni, sudah 10 minggu aku LI dekat MKL. APA ? 10 MINGGU ? DAH 10 MINGGU BARU NAK UPDATE ? BAGUS ! dah dah dah! jum kita layan cerita...
1st sekali, aku nak perkenalkan staf2 BAHAGIAN KEWANGAN MENARA KUALA LUMPUR SDN BHD.
memperkenalkan kak SITI HASMAH.. Beliau ni ialah Setiausaha Bahagian Kewangan.. atau lebih dikenali sebagai Drama Queen Finance bak kata abang iszwan lah kan.. aku suka dengan gaya beliau. memang ada ciri2 SU. gaya dia, kerja dia. tapi bila beliau gelak... bergegar finance... hehe..
yang ini ialah puan Azizah aka kak Zah. beliau ni, eksekutif AP apatah. aku pun tak tahu sangat macam mana nak sebut jawatan beliau. tapi, aku tahulah kerja dia apa. sikit2lah. beliau ni mempunyai sifat keibuan yang sangat tinggi. rajin beli makanan untuk kami semua makan..
yang ini ialah Cik NorHanim.. beliau ialah Eksekutif GL dan reporting. segala perbelanjaan ke, apa2 ke, beliau akan buat reportlah. selalu aku tolong dia buat Daily Register. memang best buat benda tu. kena bersabarlah kan.. beliau ni seorang yang periang.. best sangat2 kalau ada kakak macam beliau ni..
yang ini ialah encik Amin. seangkatan dengan kak Hanim kerja beliau. beliau ni sangat straight. sangat tegas. dan sangat suka buat lawak dan kacau kak hanim. beliau ni banyak tegur aku kalau aku ada buat silap masa kerja. banyak ajar aku macam mana nak buat report dengan betul..
yang ini, encik Iszwan Shah. beliau ialah Eksekutif Procurement. kalau nak tahu apa itu Procurement, google lah ye. panjang kalau nak cerita. beliau ni, tak tahulah macam mana nak cerita perangai beliau ni. tapi, memang best kalau berkawan betul dengan beliau..
yang ini ialah Puan Rozita. Koordinator Procurement aka pembantu abang Iszwan. beliau ni suka bercerita. mempunyai gaya pemakaian yang tersendiri. tiap2 hari akan pakai shawl. tak pernah sejak aku masuk, beliau pakai tudung. lepas tu beliau akan pakai jaket ke, cardigen ke. sangat suka berborak..
yang ini ialah Cik Hanifazilah aka kak Hani. Beliau ialah Eksekutif Perancangan Kewangan.. KOT. sebab aku kurang tolong beliau buat kerja. kalau tolong pun, tolong skan atau fotostat je. sangat comel. dan suka buat ayu. beliau juga mempunyai perangai yang sangat2 gila.. best data kawan2 dengan beliau..
yang ini ialah Encik Mohd Fairuz aka abang fairuz. beliau ialah koordinator perancangan kewangan, KOT jugak. sebab aku selalu tolong beliau cop tiket, fotostat resit pembayaran, fotostat cek pembayaran. tapi dari situ, boleh nampak kot jalan kerja beliau. beliau suka sangat kacau semua staf dalam ofis tu. kalau takda beliau, agak sunyilah ofis..
ada lagi 3 orang iaitu Puan Fariza, iaitu Pengurus Bahagian Kewangan, Puan Siti Ramlah iaitu koordinator Bahagian Kewangan dan Puan Shaharimin, Ketua Pegawai Kewangan. jadi keseluruhan staf dekat sini ada 11 orang termasuk puan min.. tapi, lepas ni kak Hanim nak pindah ke JITM. so, jumaat lepas adalah hari terakhir beliau.. berikut adalah majlis perpisahan Kak Hanim dan itu sajalah cerita LI aku..
sekian terima kasih.. :)
2 comments:
aiii~~ mentang2 lens can zoom out habis baik~~ habis ko skodeng orang!
gambar2 yang skodeng bukan aku yang snap k.. tu semua kerja abang amin.. haha
Post a Comment