kepadamu SAHABAT.

assalamualaikum.

apa khabar semua. harap anda sihat sejahtera hendaknya.
ok ! malam ni, saya takda cerita yang hendak dikongsikan. cuma saya nak sampaikan sesuatu kepada sahabat saya.



assalamualaikum awak

saya ada beberapa benda nak bagitahu awak. saya malas nak hantar mesej kat awak. sebab saya tahu awak akan balas sepatah2 dan kesudahannya, "tade mud, kbhai". itu lah awak yang saya kenal sejak 2 tahun lepas.

awak, saya tahu awak ada masalah kan dengan dia. dari wall fb awak pun saya boleh agak. bila saya mesej awak, awak cakap takda pape. takpalah, saya tak nak paksa. lagi pun awak pernah cakap yang awak TAK SUKA KENA PAKSA. tapi kan awak, kenapa awak nak rahsia kan apa yang terjadi sebenarnya ? saya bukanlah nak busybody ke ape, saya cuma taknak tengok kawan saya dalam kesedihan. saya tak suka tengok kawan saya hipokrit di depan saya. kita pernah janjikan, SUSAH SENANG, SUKA DUKA, KITA SAMA-SAMA. awak ingat tak tu ?

awak tahu tak, ada 3 perkara gembira berlaku kepada saya dalam 3 hari berturut-turut. ? awak tahu tak yang saya nak awak jadi orang pertama yang tahu ketiga2 perkara tu ? mesti tak kan ? saya nak sangat ceritakan kat awak, tapi, apa yang jadi.

perkara pertama > saya nak cerita kat awak malam tu. TERBANTUT ! kenapa ? sebab awak tukar henfon dengan simkad sekali dengan dia. esoknya, awak takde pun nak tanya saya apa yang berlaku sebenarnya. takda pun nak hantar mesej ke apa. sampailah saya hantar mesej cakap kelantan kalah lawan bola. itu pun 2 3 mesej. lepas tu awak kembali senyap.

perkara kedua > saya tengok status dia yang kata dia sedih bagai. dari situ saya dapat syak yang awak dengan dia ada masalah kan. saya malas nak komen lebih2 sebab saya taknak timbul kan pergaduhan.

perkara ketiga > tadi, satu benda yang agak tak sangka+gembira berlaku kat saya. saya nak cerita kan kat awak. tapi. tiba2 pulak awak offline. bila awak online balik, saya tengok wall awak penuh dengan ayat kecundang.


jadi. saya terus simpan sahaja ketiga2 perkara tu. biarlah benda tu saya kongsi dengan diri saya sendiri. saya taknaklah cerita kan yang saya tengah suka di saat awak kesedihan kan. saya rasa tak adil kat situ. cuma apa yang saya terkilankan. bila saya tanya ada masalah ke, awak cakap takda pape. tap saya tahu, awak memang ada masalah. tapi, saya biarkan sampai awak cari sahabat awak ni balik.

saya mintak maaflah sebab post saya ni akan buat awak terkilan. saya tahu, awak akan sakit hati bila bacanya kan. BUKAN SENANG NAK JAGA HATI SEMUA ORANG KAN. SEDANGKAN HATI SENDIRI TAK TERJAGA.  tapi inilah yang saya pendam selama 3 hari. terus-terang saya cakap, saya tak boleh nak simpan apa yang saya post ni. sebab saya dah mula rasa sesuatu. awak boleh agak ape yang sesuatu tu kan.

sampai sini saja lah. tiga perkara tu, saya takkan ceritakan sampai saya dah bersedia untuk bercerita. dan awak pun bersedia untuk mengetahuinya. untuk yang terakhirya, saya minta maaf atas ketelanjuran saya selama ini. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. :p

No comments: