assalamualaikum..
selamat petang semua. apa khabar semua ? harap anda semua sihat hendaknya. macam mana sambutan tahun baru anda semalam ? harap anda gembira..
apa yang antara sakit dan belajar ni ?
ok ! cerita dia begini.
29 disember 2011, saya menjalani pembedahan mumbuang kuku. kenapa dengan kuku saya ? anda boleh tengok balik post saya yang lepas. saya ada cerita.
alhamdulillah. saya selamat menjalani pembedahan dengan sakitnya. hahaha. siapa tak sakit bila kena bedah kan ? hari pertama, sakit dia bukan main lagi. tidur pun tak lena. berdenyut2. masuk hari ke2 dan ke3. sakit tu dah takda sangat dah kecuali bila nak cuci. ngilu kan sebab kuku dah takda. yang ada cuma isi saja. boleh bayangkan ? kalau geli, jangan bayang k.
DOKTOR BAGI MC SELAMA 2 MINGGU.
ok ! cukup masa untuk sembuh. tapi, apa yang dirisaukan sekarang, macam mana dengan pelajaran saya ? 2 minggu saya tak masuk kelas. 2 minggu saya duduk rumah, takda apa2 input. terbaik !
anda boleh paham lah perasaan saya sekarang kan ?
saya cakap dekat mak, kalau saya boleh dressing sendiri, bagi la saya balik poli.
mak sekeras2nya tak bagi balik. sebab benda ni baru lagi. takut apa2 terjadi. ok.. saya paham perasaan mak. tapi, macam mana dengan saya ? saya nak sangat balik.
sebab ?
1 je. saya nak belajar dan saya taknak ketinggalan.
umi cakap, along boleh catch up balik. boleh belajar.
ini IPTA.. bukan sekolah lagi. ada assigment yang nak kena hantar. tak hantar, kena potong markah. markah PB nak kena jaga. kalau drop, susah. sem ni pulak ada shorthand dengan trengkas. itu yang paling saya takut kan. teruk lah macam ni. saya tak dapat nak bayangkan macam mana hidup saya lepas ni. ketinggalanlah saya. oh tidak !
macam mana saya nak hadapi hidup sebagai pelajar kalau 2 minggu tanpa apa2 ? saya harap, sem 2 ni, lebih baik dari sem 1.. amin..
No comments:
Post a Comment