sakit jari kakiku makin teruk !

assalamualaikum..

selamat malam semua ? apa khabar ? harap anda sihat sentiasa hendaknya.
ok ! malam ni saya ada 2 cerita yang nak dikongsikan. jadi ni cerita yang pertama dan entry yang pertama.

macam yang anda baca tajuk kat atas tu, jari kaki saya makin teruk.. nak tahu teruk macam mana..

(ok ! kepada yang penggeli tu, saya harap anda jangan teruskan baca entry ni. takut anda muntah pulak)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




ok ! teruk kan ? penyakit ni kalau orang kampung kata cagu aka kuku cekam ? memang tak dinafikan, orang yang ada penyakit ni, kaki dia akan jadi busuk bila pakai stokin. itulah yang saya alami sejak 4-5 tahun lepas.
nenek saya kata, atok saya yang ada penyakit ni. tapi, takdalah teruk sangat macam yang saya kena. saya pun tak tahu macam mana penyakit ni boleh kena kat saya ?

tahun lepas, saya dah buat operation. buang kuku. masa tu, kaki belah kiri yang teruk. dalam 4 bulan kemudian, kaki belah kanan pulak yang naik. mula2 saya biarkan aja.  tapi, makin lama makin teruk. mula2 kat belah kiri je, lepas tu merebak pulak ke belah kanan. dan lama2 makin teruk dan bentuk jari kaki saya jadi tak normal. berbentuk2 macam yang kat atas tu.

hari rabu yang lepas, maks saya bawa saya ke klinik pakar ortopedik. doktor tu kata kena buat operation serta-merta. saya dah mula risau dah. kenapa ?  sebab kalau operate, ambil masa sebulan baru elok betul2. lepas operate, kena masuk wad. terbaik ! hari khamis nak daftar sem 2. memang tak lah. lagi satu, takut ganggu pembelajaran. saya ambil keputusan, tunggu cuti sem bulan 5 nanti baru buat operation. sebab masa tu, cuti 2 bulan. tak ganggu lah.

sekarang ni, bila dah start pakai kasut, sakit tu makin menjadi. jadi kat sini, saya nak tanya kepada pembaca, ada tak cara yang mudah atau cara tradisional untuk pulihkan penyakit ni selain operation ?
saya harap anda semua boleh bantu saya.

No comments: