Hari untuk merayau !

assalamualaikum semua !
apa khabar anda semua ? bagaimana hari rabu anda ? saya harap anda bahagia selalu k.

bagaimana dengan hari rabu saya ? ok sangat ! sangat penat merayau ke 3 buah negeri yang berbeza. berbezakah ? berbeza la sebab saya pergi selangor, kuala lumpur dan pahang. apa saya buat ? jom jelajah hidup saya sepanjang hari ini..

rumah..

ok ! persediaan yang agak.... tak tahu nak cakap apa. sebab pakai yuang biasa2 je. yela. keluar dengan kawan je. bukan dengan awek kan. tapi bagi saya, bolehlah. sebab tak banyak baju lawa. dalam pukul 10 kot, saya pun geraklah pergi ke taman medan, petaling jaya untuk ambil izza.

rumah izza..

boleh tahan jugaklah nak mencari rumah dia ni kat mana. yela. kita tak tahu jalan. cuma berpandukan papan tanda dan arahan yang diberikan sampai salah jalan masuk ke rumah orang bagai. rupanya, tak jauh jugaklah rumah dia dari highway kan.. so, sampai je rumah dia, dia keluar dan terus bergerak ke destinasi seterusnya..

bank islam petaling jaya.

kat sini pulak, punyalah susah mencari parking. 2 3 kali jugak memusing mencari parking. akhirnya, terpaksa jugaklah parking kereta secara haram iaitu di atas garisan kuning. nasib baiklah tak kena saman. masuk dalam bank, izza nak bayar yuran poli. saya cuma tengok jelah sebab saya dah bayar semalam. selesai bayar yuran, masuk kereta dan fikir nak makan. si izza bawa saya ke tempat yang susah betul nak cari parking campur pulak sesak. memang tak lah kan. so, saya ambil keputusan, terus gerak ke kl, dalam kereta saya  telefon si eyha, tanya dia dekat mana. memang cantik sangatlah kan, dia ada kat kl. so, saya ajaklah dia pergi festival mall..

festival mall setapak..

sebelum masuk mall tu, pergi makan dulu kat kedai mamak. alhamdulillah. kenyang. masuk mall, macam takda apa2 yang menarik je. jalan, jalan, jalan, dan terus berjalan. singgah kat cool blog, beli ice-blended mocha. kenyang lagilah saya. hahaha.

genting highland..

pada mulanya nak pergi wangsa walk je. tapi saya tengok cuaca macam ok je, so, saya ambil keputusan drastik, terus bergerak ke genting. pertama kali bawak kereta sendiri naik genting. boleh tahan jugaklah curam bukit dia. tapi, berdasarkan pengalaman, redah aja.



























itulah kerja saya, eyha dan izza bila kat atas tu, ambil gambar. haha. kami cuma jalan2 je. tak masuk main apa2 pun. 1 sebab takda masa. 2 sebab eyha takda duit. jadi, kami cuma jalan2 jelah. habis je jalan2, terus turun dan terusa hantar eyha balik rumah dia. kemudian saya dengan izza pun bergerak ke destinasi seterusnya,

wangsa walk.

masuk situ, telefon si zamri. ingatkan nak ajak dia sekali. dia memang nak datang dah, tengok2 tak jadi pulak. adoilah. takpalah. saya dengan izza pun teruskanlah pusing2 dalam WW tu. ingat nak tengok wayang. tapi lambat lagi nak mula. lagipun takda cerita yang menarik. kembali pusing2. izza kata nak balik. sebelum baik tu, saya nak sangat beli earphone ibeats. haha. RM38 melayang. tapi takpa, demi kepuasan. so, saya pun hantarlah si izza balik rumah dia. sebelum hantar tu, singgah makan jap. layan char kuew tiaw ! lepas hantar izza, terus balik rumah sendiri !


betulkan saya merayau ke 3 buah negeri ? angguk cepat !! :p

jadi, inilah cerita rabu saya.. penat dia tak terkata. tapi kepuasan tu memang ternyata. dapat jalan2 sebelum masuk sem 2 minggu depan..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



kepada izza.

weh ! aku nak kau tabahkan diri kau. biasalah kalau orang da kemaruk cinta, apa pun dia takkan pandang dah. aku tak nak dah kau fikir pasal dia lagi k. apa2 hal, kitaorang kawan2 kau sentiasa ada untuk kau. even kau perlukan kami pukul 4 pagi pun kami ada. aku tak nak berharap lagi kat laki macam tu. aku dengar cerita kau pun, aku jadi malu jadi seorang lelaki. apa pun tak boleh dia tu. memang tak kenang budi betul. kau jangan risau k. ramai lagi laki kat luar sana tu. lagi pun, kita masih belajar lagi, hidup kita masih panjang. jadi tak perlu dirisaukan sangat k. aku kau menangis pasal laki tu. k. apa2 pun, kita jumpa 22hb nanti :)

No comments: