"hello" saya memulakan perbualan..
"hello bad ! aku ni khairul.." suara yang saya cukup kenal..
"ha ! kau nak apa kacau aku tidur ni ?"..
"aku nak pinjam helmet kau, helmet aku entah kemana entah aku letak"
"ya lah ! datang ambil dekat rumah aku"
"ok bad, thank "
perbualan kami terhenti.. saya melihat jam di telefon aku.. 9:25 am.. aduh ! lewat juga saya bangun hari ini... saya terlihat, ada mesej di dalam inbox.. siapa pula ni.. tertera nama MT.. mesej yang mengejut saya supaya bangun.. masa mesej diterima ? 3:02 am.. Ya Allah dia ni.. tidak tidur lagikah.. saya pun segeralah membalas mesej beliau.. nyata jawapan yang dibalas, hambar...
"along nak ikut tak, kalau nak ikut, siap mandi"
ayah saya menanyakan saya...
"tak apalah ayah, nak duduk di rumah sahaja hari ini"
saya membuat keputusan untuk duduk sahaja di rumah menghabiskan cuti yang berbaki 1 hari sahaja...
"assalamualaikum ! " khairul memberi salam dari luar pagar...
kelihatan 3 orang yang saya kenal di kiri dan kanan nya...
"ini helmetnya" sambil saya menghulurkan helmet berwarna biru kepada khairul..
"terima kasih, kau nak ikut kami pergi Sunway Lagoon tak ?"
"tak apalah, lagipun roadtax kereta aku dah mati, lesen motor pun dah mati.. jadi, tak bolehlah nak keluar"
"ok.. tak apalah.. kami pergi dulu.. terima kasih tau" sambil khairul dan 3 orang itu berlalu pergi..
wah ! macam cerita di dalam novel pula.. huhu.. memang aku pernah mengarang novel suatu masa dahulu.. tapi, terhenti di tengah jalan.. sebabnya.. sudah bosan dan tiada apa-apa yang lebih penting selain dari belajar pada masa itu... ya la.. baru tingkatan 1.. jiwa kanak-kanak lagi.. tapi aku terfikir untuk kembali mengarang.. dengan ilmu yang telah diajar oleh cikgu di sekolah, insyaallah aku boleh...
itu sahaja kot buat masa sekarang.. nanti kalau saya ada masa.. saya update lagi blog saya ini... terima kasih kepada 11 followers blog saya.. sebentar ! 11 ? wah ! da up 1 nampaknya.. terima kasih.. kalau boleh.. boleh tak kalau anda memberi link blog anda supaya saya boleh follow blog anda.. pesanan dari penaja.. hehe.. itu pesanan saya untuk anda.. sekian buat masa ini..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment