Hidup Baharu ..

makin lama, makin seronok pula berblogger ini.. mane tidaknya.. sudah sepeti menjadi seperti sebuah diari pula.. cuma ini diari boleh ditunjukkan.. setakat 1 Mei 2011.. saya hanyalah mempunyai 10 followers.. mana tidaknya.. sebelum ini saya hanya menunjukkan blog saya ini kepada orang-orang yang saya kenal sahaja... bagi saya, saya masih budak-budak lagi.. masih baru dalam dunia ini...

tetapi kini, tidak lama lagi, saya akan mencecah umur 18 TAHUN.. bagi saya, cukuplah dengan post yang kebudak-budakkan ini.. kini saya ingin mengubah cara penulisan saya agar kelihatan lebih matang.. ya la.. umur kan makin meningkat.. saya juga sedar, saya mulai berkongsi blog saya ini dengan sesiapa saja.. saya juga sudah mulai menghebahkan blog saya ini di laman FACEBOOK .. bagi saya., saya ingin semua orang tahu yang saya wujud di dunia ini.. saya ingin mencari kawan, bukannya lawan.. kepada sesiapa yang tidak suka, saya tidak rugi apa-apa.. cuma saya rasa tiada sebab untuk kita tidak suka kepada sesiapa kerana kita semua sama sahaja.. tiada yang sempurna dan sentiasa ada cacat celanya..

No comments: