berdebar !


Rumah bangsa !

Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.
Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman
terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam,
semangat panas membara.
Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga
mengagih beban dengan saksama.
Lapan mata tangga,
lurus bertingkat diukur sama
berganding bahu melangkah sempurna.
Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.
Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.
Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.
Lapan tiang berdiri sempurna,
walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.
Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti untuk yang perlu
kita hiasinya segala termampu
kita namakan 1Malaysia,
terhimpun di dalamnya
segala amanah menuntut keringat semua.
Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.
Cemerlang bertindak, usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.
Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.
Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang, meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.
Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar, integriti teras jati diri.
Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannya
dengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.


assalamualaikum..
apa khabar semua ?! apa khabar ? harap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa. ok ! tidak dinafikan memang lama betul tak update. adalah dalam 2 minggu kan. bukannya apa. masa tu ada, cerita tu ada, tapi mood nak menaip entah kemana entah. sekarang ni tengah sibuk dengan aktiviti PRS !

apa yang panjang2 yang kat atas tu ?
itulah sajak yang akan saya persembahkan pada malam isnin depan. berdebar sangat3. mana taknya, persediaan ala kadar je. hafalnya tidak lagi. pertandingan dah dekat, persaingan bukan calang2. parner pulak sibuk. saya pun tak feel kalau berlatih sorang2. 


sajak ni saya berpasangan dengan seseorang yang saya minat sebenarnya. memang saja je nak pilih dia jadi partner. tak tahu pulak yang dia masa sekolah dulu memang pakar jugak dalam sajak2 ni. memang tak salah pilih orang lah kan.
apa2 pun, kita tunggulah malam isnin nanti. apa yang akan jadi, tunggu saja. doakan saya dan dia ye kawan2.


chow ! assalamualaikum. :)

No comments: