kenapa mesti kau pergi ?

assalamualaikum..

hello semua. alhamdulillah, saya berjaya menamatkan semesta 1 saya dengan jayanya. jayanya ? belum tahu lagi sebab result final exam belum keluar lagi,. jadi. tak boleh nak cakap dengan jayanya.

Alhamdulillah. saya juga selamat sampai ke rumah setelah 6 jam memandu dari poli. penat dia tak terkata.
tapi, bukanlah itu yang mahu saya ceritakan. ada cerita lainnnya.

cerita dia macam ni..
saya sampai ke poli hari rabu pagi dan dalam tengah hari saya pun ajaklah beberapa orang kawan pergi sabak bernam untuk beli kek. antara yang ikut ialah budak kecik. wah ! dia duduk sebelah saya. bahagia buat seketika. dalam kereta, yang lain2 ni sibuk cakap pasal nak pindah. budak kecik ni pun cakap dia pun pindah. aduh ! rasa sedih tu tiba-tiba datang lepas dengar dia cakap macam tu.

untuk pengetahun kamu, kamulah semangat saya untuk kekal di poli tu. saya juga rasa semangat untuk pergi kelas. kenapa ? sebab kamu ada. semuanya sebab kamu. tapi sekarang, kenapa kamu mesti nak pindah dan sekaligus pergi tinggalkan saya kat sini ? banyak kali saya cakap, jangan pindah. tapi, kenapalah mesti nak pindah juga.

tapi. takpalah. nak buat macam mana kan. dah itu kehendak kamu. siapalah saya untuk menghalang kamu pergi kan. pesan saya. semoga kamu gembira di tempat baru dan saya sangat berharap jangan lupa saya dan kawan2 kamu kat sini k.



begitulah ceritanya. apa yang dapat gembirakan saya pun saya tak tahulah. :(
semoga ada yang lebih baik berlaku lepas ni.

No comments: