(maaflah, hari ini saya agak jiwang sedikit. kalau anda tidak mahu membacanya, anda boleh close tab ini)
kadang2, aku berfikir sendirian. 'apa sebenarnya tujuan aku masuk belajar kat poli ni?'. ya ! memang ! mestilah tujuannya aku nak belajar. tapi, kenapalah sejak dua menjak ni, hati aku tiba-tiba diketuk oleh seseorang. aku tertarik dengan gaya ringkasnya setiap hari. aku tertarik dengan senyuman matanya yang sepet2 ala korean itu. senyuman bibirnya. aduh ! terpesona aku melihatnya. aku tahu, dia sudah tahu aku meminatinya. tapi, kenapa aku rasa ada sesuatu yang masih menghalang aku terus merapatinya ? kerana aku ini suka berkawan dengan perempuan ? itu aku kena lakukanlah kerana nisbah lelaki dalam kelas 1:5. terlalu banyak perempuan disisi aku, dan aku takut kau akan kecewa dengan perangai aku ini. tapi aku tidak boleh berbuat seperti seorang daripada kawan aku, sudah memiliki orang lain, sanggup tidak ikut kawan2nya. maaf ! itu bukan caraku.
untuk pengetahuan kau, aku lebih mengutamakan kawan daripada yang lain. kerana tanpa kawan, aku tak kan boleh hidup disini. tapi, kau pun tahu kan. daripada 6 orang kawan rapat aku, hanya seorang daripadanya adalah lelaki. kenapa ya ? aku tetap sukar untuk rapat dengan kau ? adakah status aku ini sebagai orang yang dikenali didalam kelas ? itu juga menjadi salah satu sebabnya kot. yalah. aku ini ketua kelas. apa yang aku buat, semua orang akan tahu. satu kelas akan tahu. aku minat dekat kau pun, satu kelas sudah tahu. belum lagi kita sudah bersatu. aku rasa, 1 poli akan tahu. yalah, luar kelas pun, aku tetap orang yang dikenali. masa kita pergi teluk batik kelmarin, ramai yang bertanya, 'bad, siapa dia tu ? awek ea?'. jawapan ku hanyalah ringkas.'kawan sekelaslah'.
aku kadang2 tidak pham dengan perangai kau. yalah. kalau seorang perempuan itu mahu menjauhkan diri daripada seorang lelaki, dia akan cuba mengelakkan diri daripada lelaki itu. tapi, berlainan dengan kau. masa kursus hari tu, kau siap ajak aku duduk sebelah kau. apa maknanya itu ? bila kita di teluk batik, kau yang mengajak aku bergmbar berdua. apa maknanya itu ? adakah kau sama meminati aku ? adakah aku yang syok sendiri ? aku harap, aku tidak begitu.
untuk yang terakhir, aku harap kau boleh terima aku ini seadanya. tapi, kalau kau ingin berkawan sahaja pun, aku tidak kisah. asalkan kita berdua bahagia kan. aku tak mahu kita bergaduh, bermasam muka bagai. yalah, kita kan satu kelas. 3 tahun, 6 semesta kita akan berjumpa. harap, kau pahamlah perasaan aku ini ya wahai budak kecik !
No comments:
Post a Comment