Mungkin ini yang terakhir.

assalamualaikum readers. ape khabar semua ? lama betul saya tak membebelkan diri dekat blog ini. adalah dekat 2 minggu kot.

ok. back tu topic. melalui tajuk entry, mungkin ramai yang salah anggap. MUNGKIN INILAH ENTRY SAYA YANG TERAKHIR SEBELUM SAYA MELANGKAH KE DUNIA BARU. bukan apa, hari sabtu(2/7/11) saya akan bertolak ke politeknik sabak bernam. lama lagi kan ? tak adalah. tempat saya tak tahu jalannya. jadi, famili saya yang menghantar saya mengambil keputusan untuk bermalam dekat sana.

pendaftaran pada hari ahad. jadi, segalanya kenalah sempurna pada hari berkenaan.
sebelum itu, saya ingin menyampaikan pesan kepada yang berkenaan. dengarkan.

to NUR EZZATI :

saya harap awak jaga diri bila masuk kolej tu nanti. saya tahu, kita belajar dalam negeri yang sama. tapi tetap jauh bagi saya. huhu. apa-apa pun. jangan lupa janji awak. saya pun tidak akan lupa janji saya. finally, semoga berjaya.

to kak laila :

akak, bad minta maaf kalau bad ada buat salah dengan akak selama 3 tahun kita berkenalan. bad doakan akak berjaya dalam pelajaran akak. dan juga berjaya dalam hidup.

to adik farah :

adik, abang harap adik belajar elok-elok, tahun ni nak SPM kan. dapatkan target yang abang letak kan kat adik dan abang tunaikan janji abang. ok. jangan tension dalam hidup yang adik lalui. ok. kalau ada apa-apa, helllo-hello je k.

to EX STUDENT SMTKj :

aku nak minta maaf jika aku banyak buat salah dekat korang masa kat sekolah dulu. aku tahu. korang bukan suka aku pun kan. tapi, aku tetap anggap korang kawan aku. biarlah apa korang nak kata pun. aku maafkan salah2 korang. aku doakan korang berjaya dalam apa jua yang korang lakukan.

to EX STUDENT SMKDTHO(terutamanya 3 cekal 2008) :

aku nak korang tahu, koranglah rakan sekelas yang terbaik pernah aku ada. kenangan bersama korang tetap bermain dalam fikiran aku.. aku minta maaf kalau aku ada buat salah kat korang semua. aku doakan juga korang berjaya dalam hidup korang. hope kita akan berjumpa lagi dil lain masa.

to sahabat blogger :

terima kasih atas tunjuk ajar anda semua. tidak kiralah dalam apa-apa pun. semoga persahabatan antara kita semua akan tetap utuh sampai bila-bila.

to cikgu-cikgu :

kepada cikgu yang banyak mengajar saya di sekolah dulu, saya ucapkan berbanyak terima kasih. segala ilmu cikgu saya akan amal kan sampai bila-bila.


untuk yang mengenali diri saya, saya memohon maaf jika saya ada buat salah dengan anda semua secara langsung mahupun tidak langsung kerana yang buruk itu datangnya dari saya, yang baik itu datangnya dari Allah. tetapi hakikatnya, dua-dua datang dari Allah. akhir sekali, jika anda mahu mencari saya, carilah di FB, boleh telefon jika ada nombor saya. haha.

sekian saja,
assalamualaikum.



*p/s.
saya susah nak update blog sekarang. sebab itulah saya buat entry ni awal.

No comments: