Tabiat pemandu di jalanraya

assalamualaikum readers. apa khabar ? badrul kembali dengan entry yang lain sedikit dari yang biasa. lets roll !

ceritanya begini : hari ini, macam biasalah, kerja mengambil budak balik dari sekolah. pelbagai karenah yang dapat saya lihat. dalam kereta, saya pun terfikir, ingin membuat entry tentang tabiat pemandu kita di jalan raya.
antaranya ialah :

SUKA MELETAKKAN TANGAN KELUAR KERETA.
saya rasa, buat benda ini tak salah. cuma, akan membahayakan diri sendri dan orang lain. sebabnya. membahayakan diri kita, kerana, dah sah-sah la tangan kita terdedah dengan bahaya. manakan tidak, motorkan akan lalu disebelah kita. takut nanti terkenalah tangan kita. siapa yang sakit ? bahaya kepada orang lain, sebabnya, orang yang menunggang motosikal akan cuba mengelak tangan anda. nanti tak pasal bertembung dengan orang bertentangan.

PARKING SESUKA HATI.
ni yang paling saya tak suka. menyusahkan pemandu lain. kalaulah kereta kamu tu viva ke, kancil ke boleh tahan lagi. ini alphard, honda accord, gedabak besarnya. susah orang nak lalu tahu tak. kalau nak parking sesuka hati pakai kereta yang kecil sikit ya.

PECUT APABILA LAMPU KUNING
ini lagi parah. dulu masa belajar lampu kuning apa tujuan dia ? bersedia untuk berhentikan ? ini. lepas dapat lesen. wah ! nampak lampu kuning seboleh-boleh nak laju lagi. rilek la. tak kan lari gunung dikejar.

KELUAR SIMPANG IKUT SUKA HATI
hey ! keluar simpang tu, tengoklah kiri kanan. ni tak. main keluar je. kalau ada kereta lalu macam mana ? kereta takpa lagi. kalau motor ? tak melambung penunggang motor tu. kita belajar dulu berhenti sebelum garisan putih. bila line clear baru gerak. ingat tu !


MASUK SIMPANG TAK BERI SIGNAL
ini paling menyirap. dah la kita lama menunggu. dia pula, masuk simpang tak bagi signal. rasa nak turun dan nak sepak-sepak je. lain kali, bagilah signal. kalau tak pun, bagilah isyarat tangan. susah ke nak buat macam tu ?

HISAP ROKOK
tak kisahlah anda nak hisap rokok ke. tapi. puntung tu janganlah main campak je. kalau kena makcik tepi jalan tu, siapa yang sakit ? makcik tu juga. seeloknya. matikan api puntung tu dulu. kemudian simpan dulu. bila nak keluar kereta, barulah dibuang. senang kan ?

BALAS SMS
balas sms ? hey ! tahu tak benda tu bahaya. statistik sendiri dah keluar kan. membalas sms 5 kali lebih bahaya berbanding memandu secara mabuk. kalau ya pun, mintak tolong la orang sebelah taipkan. kalau segan sangat, tunggu lampu isyarat merah, barulah balas. itu pun tengok2 lah. kot kot dah bertukar hijau ke.

BAWA AWEK JALAN-JALAN
tak kisahlah kamu nak bawa awek ke apa ke ? ingatlah, orang lain pun ada awek juga. bawalah kereta tu laju lah sedikit. ini, bawak kereta setakat 40 50 KM/H. siapa tak sakit hati. saya pun sakit hati jugak. saya bawa awek pun bawa kereta 90 100 KM/H.(kat atas highway la) . bertimbang rasalah sedikit.

BERHENTI MENGEJUT
kadang-kadang, tak tahu apa sebabnya nak berhenti mengejut. nak kata ada eksiden ke ? tak adalah pulak. berhenti tak tentu pasal. sudah berapa kali dah saya nyaris langgar kereta depan gara-gara perkara ini.

TENGOK KEMALANGAN
kebanyakan kesesakkan berlaku sebab ni lah. tahulah awak tu prihati. kalau prihati sangat, berhenti tepi je terus. tak payah nak susahkan orang lain. melambatkan perjalanan tahu tak ?!




saya rasa cukup la kot. jari pun dah krem menaip ni. kalau ada lagi saya akan sambung !

No comments: