Nur Ezzati Mohamad Nasir

entry kedua untuk malam ini ......

sahabat dunia akhirat saya :



inilah dia orangnya. sahabat saya sejak saya tingkatan 4.
(kenapa tingkatan 4 ?) ---> tingkatan 4 sebab, saya bersekolah di sekolah teknik. sekolah teknik tiada tingkatan 1, 2 atau 3. paham ?

sambung cerita. saya kenal dengan dia ini apabila saya dan dia menyertai pasukan koir sekolah untuk majlis graduasi sekolah tahun 2009. pada mulanya, kami hanya kawan biasa, saya kenal dia pun sebab salah seorang kawan saya, ber"couple" dengan dia. jadi, itulah punca saya kenal dia.

masuk tingkatan 5, saya masih berkawan dengan dia. cuma tidak selalu jumpalah. almaklumlah, saya aliran lain, dia pun aliran lain. kelas pun lain-lain. jadi, yang memghubungkan kami hanyalah telefon. persahabatan kami semakin rapat menjelang SPM. saya dan dia belajar sama-sama. apa yang saya tidak faham, saya akan tanya dia, apa yang dia tidak faham,dia tanya saya. semasa SPM, saya masih belajar bersama. tempatnya ? saya dan dia sahaja yang tahu. berbagai ilmu saat-saat akhir yang saya dapat daripada dia. yang paling saya ingat sekali, matapelajaran matematik tambahan. walaupun saya gagal dalam subjek itu, tapi, ada beberapa soalan yang saya boleh jawab atas bantuan dia.

setelah habis sekolah, hubungan kami tidak putus. malah makin rapat(bagi diri sayalah). kalau tidak silap bulan 1, dia couple dengan seseorang. tak apalah. saya tidak kisah walaupun ada rasa sedikit sakit hati. demi kawan. saya relakan. dalam bulan 2 atau 3, dia putus. bermacam ceritalah yang saya dengar. apa yang saya boleh nasihatkan, saya nasihatkan. apa yang saya boleh bantu, saya bantu.

bermacam cerita juga yang saya dengar tentang dia ini. tetapi, saya tak mudah percaya. saya bertanya dahulu padanya. sehinggalah 1 hari ini, dapatlah 1 fitnah keatas diri dia. saya sangatlah tidak percaya. saya juga yakin, dia tidak akan lakukan.

6 Mei menjadi sejarah hitam dalam persahabatan kami, saya telah meninggalkan dia disaat dia amat memerlukan bantuan. keputusan yang amat berat dalam hidup saya. dalam tempoh 4 hari, hidup saya tidak tentu arah. saya baca blog dia. hidup dia pun dalam kesedihan. pada masa itu, saya rasa sayalah orang paling BODOH di dalam dunia ini kerana sanggup berbuat demikian. tanggal 9 Mei, saya kembali. meminta maaf atas keputusan saya. terasa amatlah gembira kerana dia sudi memaafkan saya. terima kasih saya ucapkan. pada entry saya sebelum ini. pandai-pandailah anda fikirkan.

hari terakhir persekolahan sebelum SPM  
akhir kata, semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. :-)

No comments: