Hadiah untuk mak.


semperna dengan hari ibu yang jatuh pada 8 mei hari ini. saya telah menghadiahkan seutas jam tangan berlian kepada mak saya. wah ! kalau nak menipu pun agak-agaklah sikit. haha. bukanlah. saya cuma menghadiahkan seutas jam tangan biasa sahaja. walaupun biasa, tapi nilai kasih sayang itu amatlah penting. jam tangan ini saya beli sejak hari selasa lepas. semperna dengan hari ibu 8 mei + hari lahir beliau yang jatuh pada 17 mei nanti. jadi. sambut awal la hari lahir beliau. tak sempat nak sambut pada masa itu kerana saya duduk berjauhan dengan beliau. jadi, pandai-pandailah anda fikirkan. saya berasa amatlah gembira selepas menyaksikan beliau memakai jam ini. nampak cantik sekali. biasalah, mak siapa kan.

kpd mak : mak, along nak mak tahu yang along sayang akan mak. maafkan along jika along ada buat silap ke atas diri mak.


HAPPY MOTHERS DAY AND HAPPY BIRTHDAY TO :
PUAN JULIANA BINTI YAAKOB

No comments: