Dewasa ini,manusia digalakkan menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan dijangkiti penyakit seperti H1N1,demam denggi,diabetes,kencing manis,dan sakit jantung.Penyakit ini mudah dijangkiti dan kerap dihadapi oleh manusia masa ini.Banyak aktiviti yang perlu dilakukan untuk menghindarkan daripada penyakit ini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada penyakit ini ialah bersenam dan beriadah 20 minit sehari.Aktiviti seperti ini bertujuan untuk memestikan perjalanan darah dapat berjalan dengan lancar.Pada waktu lapang,kita dapat menyedut udara segar dan dapat menenangkan fikiran bak kata pepatah "Badan Cergas Otak Cerdas".
Selain daripada membuat senaman,kita juga mesti membuat pemeriksaan doktor 6 bulan sekali.Dalam membuat pemeriksaan,kita harus memeriksa kadar denyutan jantung,nadi dan paras gula dalam darah.Melalui pemeriksaan doktor,kita dapat mengetahui tahap kesihatan dan langkah-langkah untuk pencegahan.Di samping itu,kita dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya.Bak kata pepatah"Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat".
Cara-cara menjaga kebersihan rumah dan persekitaran juga harus menjadi keutamaan dalam memjaga kesihatan diri.Membersih kawasan rumah dan persekitaran harus dilakukan 1 minggu sekali.Antara kerja-kerja kebersihan ialah membersih longkang,menyapu sampah-sarap,membakar sampah dan menebas rumput.Aktiviti ini juga dapat mengelakkan nyamuk aedes daripada membiak.Aktiviti seperti ini boleh dilakukan bersama ahli keluarga.Aktiviti ini juga boleh dilakukan pada hujung minggu atau waktu lapang.
Cara-cara untuk mengambil makanan berkhasiat pula ialah banyakkan buah-buahan,sayur-sayuran,karbohidrat dan protein.Selain itu,mengurangkan gula,manisan bersusu dan mengikut piramid makanan adalah baik untuk kesihatan kita.
Oleh itu,semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengurangkan jangkitan penyakit berbahaya ini, bak kata pepatah "Berat Sama Di Pikul Ringan Sama dijinjing".
*copy from contoh karangan PMR.
No comments:
Post a Comment