Boleh percaya ke..??

Metro,18 Jan- LELAKI KACAK, WANITA CANTIK MILIKI IQ LEBIH TINGGI
London: Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.
Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi berbanding orang biasa.
Keputusan itu sekali gus menolak dakwaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.
Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London(LSE) baru-baru ini. Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.
Hasil hubungan itu, kata kajian terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.  Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa berkata, daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.
"Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita" katanya.

No comments: